Monday 19 March 2012

Alhamdulillah ... syukur !
Hadiah paling istimewa dari TRW kepada seluruh rakyat Kelantan khasnya TSDSP Hj Anuar Musa
TAHNIAHTAHNIAHTAHNIAH !

***************************************


Selamat Berangkat >>>>>>>>>>>>>
 

Penyokong setia The Red Warriors.......
Kita bukan saja MERAH pada baju tapi MERAH pada hati, MERAH pada semangat, MERAH pada keazaman untuk jadi JUARA !!

PASTI PULANG bawa PIALA


Terima kasih TSDSP Hj Anuar Hj Musa
You are so goooooood !!

Selamat Pergi dan Selamat Kembali

dari JKKKP Badak Mati      18 Mei 2012                  SILA  KLIK


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 




>>>>FORUM  RAKYAT   <<<<<
" Jihad Menentang Budaya Songsang"

 GAMBAR KENANGAN -
KLIK


                                         Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput.
Tempat :  Dewan Tun Ghaffar, YKK P. Kala
Pada     :  5 Mei 2012  Sabtu
Jam      :  8.30 Pagi
Ahli Panel : Tuan Hj Ismail Mina

                     Mahamad Naser Disa ( Peguam )

Kehadiran  tuan/puan sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan kebuntuan fikiran dan masalah masa kini yang ketika ini menjadi semakin parah khasnya kepada umat Islam  dan negara tercinta Malaysia amnya.
Jangan biarkan jenerasi Malaysia khasnya anak-anak cucu kita kemudian hari merempat di negara sendiri akibat dari perbuatan kita hari ini.
Betulkan yang salah dan sama-sama kita pertahankan keamanan hari  ini dan kekalkan untuk selama-lamanya.
    
Salam hormat dari JKKKP Badak Mati


   4 MEI 2012



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> BERITA  BERITA  BERITA
Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK)
Bagi Pelajar Perubatan dan Pergigian
Universiti Sains Malaysia ( USM )
di Daerah Peringat
Tarikh : 13 - 17 April 2012

Kawasan Terlibat : Melor Lama, Tegayong, Padang Raja, Badak Mati, Bechah Mulong, Padang Mokan, Aril, Parit, Melor dan Kedai Peringat.


Bagi menjayakan tugasan pelajar ini, pihak USM memohon jasa baik dan kerjasama dari pemimpin-pemimpin tempatan dan juga penduduk kampung yang terlibat seperti di atas.
Pihak JKKKP Badak Mati akan turut serta membantu pelajar di atas demi untuk kebaikan kita bersama. 
Komuniti Sihat Cemerlang Negara Terbilang.
gambar dalam kenangan, KLIK
Terima kasih 
Pengerusi serta AJK JKKKP Badak Mati
6 April 2012




> BERITA  BERITA  BERITA
CERAMAH ISU-ISU SEMASA  Peringkat Peti Undi Badak Mati
23 Mac 2012      Masa : 9.00 malam       Tempat : Rumah Pengerusi JKKKP Badak Mati
Tuan/ Puan anak-anak mukim dijemput hadir                   
Terima Kasih

 Pengerusi 
JKKKP  Badak Mati


Sekitar Majlis Bersama Anak Mukim
Kelolaan JKKKP Badak Mati
23 Mac 2012  - 9 mlm









BR1M  Dilanjutkan ...
Kerajaan lanjut tempoh buat rayuan pemohonan bantuan beri peluang terima RM500

IPOH: Tempoh mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya tamat Khamis lalu, dilanjutkan sehingga satu tarikh yang belum ditentukan bagi memberi peluang kepada mereka yang layak mendapatkan bantuan RM500 bagi setiap isu rumah itu membuat permohonan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata walaupun demikian, mereka dinasihatkan segera mengemukakan rayuan bagi mempercepatkan proses kelulusan. “Kita tidak tetapkan tarikh sampai bila, tetapi kita mengharapkan sehingga akhir Mac ini majoritinya sudah membuat rayuan. Ini disebabkan pada April ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agensi yang dipertanggungjawabkan permohonan BR1M akan terbabit dalam proses kutipan hasil cukai.

“Agensi itu sudah diberi mandat lebih luas untuk menambah hasil kutipan cukai, jadi mereka (pemohon BR1M) tidak sepatutnya berlengah untuk mengisi borang rayuan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, keputusan itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini kerana kerajaan mahu memastikan setiap rakyat yang layak, menerima bantuan itu. Pertengahan bulan lalu, Najib mengumumkan kerajaan bersedia melanjutkan tempoh rayuan permohonan BR1M selepas 15 Mac bagi memastikan rakyat dengan pendapatan isu rumah kurang RM3,000 sebulan menikmati faedah daripada program berkenaan.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, agensi berkaitan juga menumpukan kepada senarai penerima program eKasih dan senarai individu yang direkodkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), termasuk di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak bagi mengelak bantuan bertindih.

“Jumlah keseluruhan pemohon BR1M yang tersenarai dalam eKasih dan JKM berjumlah 750,000. Jadi, kita sedang membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka yang sudah menerima bantuan dikeluarkan daripada senarai pemohon menunggu,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan RM1.92 bilion untuk program BR1M sehingga 1 Mac lalu, yang memberi manfaat kepada 3.8 juta atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah. Sehingga tarikh berkenaan, 4.78 juta permohonan diterima dan 3.74 juta atau hampir 80 peratus permohonan berjaya, manakala 972,000 atau 20 peratus lagi gagal.

Antara alasan bagi yang tidak berjaya adalah permohonan bertindih, maklumat pemohon serta pasangan dan tanggungan tidak lengkap, pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 dan pemohon atau pasangan termasuk dalam kategori pembayar cukai pendapatan. Bagaimanapun, daripada lebih 200,000 rayuan diterima setakat ini, hampir 92 peratus diluluskan kerana pemohon mengemukakan maklumat lengkap.

1 comment:

  1. Terima kasih kepada kepimpinan negara yang amat prihatin kepada kebajikan rakyatnya. Terima kasih kepada peneraju Parlimen Ketereh yang sudah semestinya sentiasa bersama kita semua. Marilah kita sama-sama berdoa agar negara semakin maju dan makmur, BR1M akan berulang lagi untuk tahun-tahun akan datang. Anda setuju ? Sudah pastinya.
    Biro Maklumat JKKKP Badak Mati

    ReplyDelete