Sunday 18 March 2012

Penyerahan BR1M






Jumaat 17 Februari: Seramai 300 orang telah dipanggil untuk menerima voucher BR1M yang bernilai RM500. Voucher tersebut telah disampaikan oleh Adun Batu Kurau Yang Berhormat Dato Kapten Najimuddin. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran dua orang Penghulu Batu Kurau yang baru. Rata-rata yang hadir pada majlis ini mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kerajaan yang telah memberikan duit sebanyak RM500 setiap keluarga. Tidak kira anda dari parti mana, sudah berkahwin atau bujang semuanya menerima BR1M. Semalam saya sempat menemuramah salah seorang dari penerima BR1M semalam, saya bertanyakan berkenaan suaminya, jawabnya ringkas, suaminya juga bakal dapat nanti.
BR1M  dilanjutkan ( Berita Harian , Isnin 19 Mac 2012 )
Kerajaan lanjut tempoh buat rayuan pemohonan bantuan beri peluang terima RM500. Tempoh mengemukakan rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya tamat Khamis lalu, dilanjutkan sehingga satu tarikh yang belum ditentukan lagi bagi memberi peluang kepada mereka yang layak mendapatkan bantuan RM500 bagi setiap isi rumah itu membuat permohonan. Sila buat rayuan segera - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua.

No comments:

Post a Comment