Friday 2 March 2012

JKKKP

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan atau singkatannya JKKKP ialah jawatan yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan Malaysia selepas 8 Mac 2008. Jawatankuasa ini bertindak dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedia ada yang ditadbir oleh kerajaan negeri. Ketua kampung menjadi pngerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kselamatan Kampung.
Biasanya setiap kali mesyuarat JKKK , penghulu akan turut hadir . Setiap JKKK akan dibayar elaun atau saguhati kerana hadir mesyuarat yang diadakan di balai raya atau dewan orang orang ramai. Ketua kampung juga biasanya menjadi pengerusi sesebuah surau atau masjid di setiap kampung.
Selepas pilihan raya Malaysia 2008 , parti Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Oleh yang demikian pentadbiran peringkat kampung yang diuruskan oleh JKKK kini dibawah seliaan dan pentadbiran kerajaan negeri.
Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib selaku Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah meneliti peruntukan undang-undang sedia ada dan menubuhkan JKKKP agar kerajaan persekutuan dapat menyalurkan bantuan kewangan terus tanpa melalui JKKK . Kerajaan persekutuan enggan menyalurkan bantuan melalui kerajaan negeri yang diuruskan pembangkang kerana bimbang akan disalahgunakan.

3 comments:

  1. saya berharap JK ini akan susses selalu. OK

    ReplyDelete
  2. orang kuat umno8 March 2012 at 02:41

    saya sokong umno dan BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Sebagai seorang rakyat kepada sebuah negara merdeka Malaysia kita seharusnya bersyukur banyak2 kepada Tuhan Yang Maha Kuasa di atas limpah kurniaNya kita dapat hidup aman damai di bawah pimpinan kerajaan yang ada pada hari ini. Renunglah sejenak... lihatlah jiran2 kita
      " Ya Allah, kami bersyukur kehadratMu Ya Allah, di atas kurniaanMu kepada kami semua sebuah negara yang merdeka dengan barisan pemimpin yang bijaksana ... Aamin "

      Delete